Saturday, September 3, 2016

Hilang handphone or tab? Nak kena buat apa?

This entry mainly created to share on what should you do and how to react if the same incident happened to you, nauzubillah... and only applicable for SAMSUNG hp or tab, but I guess other brand should not deviate too much on the procedure-wise, you can cross-check with your handphone-brand customer careline for better guidance.

Atas kecuaian aku sendiri, tab SAMSUNG kesayangan aku hilang kat KLIA2 29.08.2016
terlalu banyak perkara-perkara penting yang aku simpan dalam tab tu sebab tab tu berfungsi sebagai computer bergerak aku untuk urusan company kecikku, catatan nota hutang-piutang, etc etc...

...and I had my lesson learnt in a super hard way.. huhu
it hit me hard, down to the bottom of Canal Rock (sempena baru balik drpd Perth kan, haha)


#Bila beli hp/tab:
1. Keep your IMEI number
Gentle reminder: DO NOT keep your IMEI number in that hp/tab itself, NO NO NO! itu adalah antara dosa besar dalam memiliki hp/tab yer. Consequence-nya, kalau pencuri tu nak fix locked motherboard, dorang boleh bagi IMEI number tu.

In case you really can't remember where did you keep your IMEI number (ataupon memang tak simpan), here are some options:
a. bila kita purchased hp/tab SAMSUNG tu, kedai akan tolong register online and automatically you will received sms on IMEI number, so keep it safely. Ini yang solved masalah malas nak carik kotak tab aku, bukak balik sms drpd SAMSUNG, setel.
b. Sila carik balik kotak hp/tab anda, kalau tak buang lagik la. Tapikan, DO NOT just keep your kotak dengan harapan kotak tu takkan hilang. Yes, I am one of orang yang suka simpan kotak-kotak barang aku (yang mana perlu la), but at the end nak cari balik kotak tu dalam 1001 kotak adalah memerlukan effort yang luar biasa. kahkahkah, padan muka aku.. 
c. Pi balik kedai yang anda purchased hp/tab, dekat resit pembelian, dorang amek satu copy sticker IMEI dan lekatkan kat resit tu. tapi option ni cuma applicable kalau kedai tu nak tolong cari balik resit tu, resit belum dilupuskan (biasanya they kept it for audit purpose) and whether dorang baik hati nak tolong ke tak ler.. korang pon boleh imagine kan banyak mana resit dorang.. hehehe. 

2. Add SAMSUNG account dalam hp/tab anda
Inilah antara langkah yang paling berguna. Aku sedikit ralat masa beli hp/tab, kedai tak wajibkan langkah ni sebelum serahkan barang belian kat customer. Kalau tak wajibkan pon, at least tanya customer "saudari, sudi tak kalau kami link kan akaun saudari dengan SAMSUNG? kelebihannya yada yada yada...". Kalau taknak, tu dah pilihan ko. Tapi aku yakin lepas korang baca ni, mesti korang nak link this account, unless isi kandungan hp/tab ko tak penting sgt.. huhu.

Tapi aku lagik ralat sbbkan aku tatau kelebihan dia, aku tak link langsung semua hp/tab SAMSUNG yang aku penah guna. Aku pengguna tegar SAMSUNG, S2, S4, Tab and yang paling baby, A9 Pro. Aku check history, cuma S2 aku je penah link dgn SAMSUNG account, huhu. Agaknya orang kedai tu dulu kot tolong buatkan, tak ingat sebab terlalu lama sangat dah. Hp tu pon dah jadik sejarah dok dalam paya bakau Tanjung Semeling, kahkah.

3. Always back up your hp/tab data
Sekarang dah banyak option nak back up data storage kat mana, boleh guna cloud, boleh guna google drive, etc etc. DO that! You'll definitely will not regret at all by doing that. Set it as daily, weekly, monthly.. it is up to you, your choice.


#Bila kehilangan hp/tab:
1. I've logged a police report.
Ini untuk memudahkan urusan yang akan datang dan at least sedikit membantu andaikata ada masalah yang timbul disebabkan oleh kehilangan hp/tab anda. Lagipon bila ke SAMSUNG center, dia tanya sama ada dah buat report ke belum, ko boleh senyum bangga sambil jawab "daaaaaaaaahhhh". heh.. actually aku tayah ke service center pon takpa, tapi aku tataw apa next action yang patut dibuat sebab blur gila bila kena camni, aku mintak advice drpd dorang.

2. Wipe out data via SAMSUNG account
Haaaa... kat sini la aku maksudkan kenapa aku ralat tak linked dgn SAMSUNG account. Call SAMSUNG careline untuk mintak dorang guide camne nak delete semua tu, kalo reti, direct je masuk website SAMSUNG utk tujuan ni. Actually we can wipe out all the data dlm hp/tab yang hilang tu dengan cara remote. Apa-apa yang penting ko terselamat daripada terdedah kepada orang tak dikenali dan avoid kecurian informasi.

3. Request for simcard replacement
Sila ke telecommunication service provider centre yang berdekatan untuk mintak simcard baru untuk replace your lost simcard, automatically it will locked your previous simcard from being used by ntahsapasapa. Dah la aku guna line umobile yang free call to any mobile number, cheaper sms cost, 15gb dataplan. Eh, terpromote Umobile package HERO P70 pulak. hehehe.

4. Locked motherboard using your IMEI number.
Kalo dulu locked guna IMEI number done by MCMC (suruhajaya multimedia), tapi sekarang controlled by service provider. aku dah call mcmc tanya la yang tau pasal ni, ooOoo begitu rupanya.

Call your telecommunication service provider customer careline, kalo guna MAXIS, call MAXIS... kalo CELCOM, guna la CELCOM. My case, aku call Umobile la kan.
Kat sini la pentingnya IMEI number coz they need this info untuk next action, yakni mengelock motherboard. Inform bgtau mengenai kehilangan hp/tab anda, bg background story sket, nanti bagi IMEI number.

Impact? Pencuri tu tak boleh dah nak access your hp/tab, dia cuma boleh guna pon kalau ada wifi jek, itu pon on surface. kalau dia bawak ke SAMSUNG centre utk fix locked motherboard, dorang takkan layan sebab dorang tau tu maknanya hp/tab tu dah kena locked by kuasa IMEI, kecuali ko bawak bukti pembelian mengatakan beliau adalah hak milik ko yang sah.

So, apa kelebihannya.. ko curik tab aku, ko pon tak dapat guna! kahkah.. ko jahat sangat kan
amek la guna buat main games jek, itupon kalo ko boleh install.. heh

---------------------------------------------

Haaaaa! begitulah sedikit sebanyak perkongsian berkaitan dgn topic ni yer. Maaflah entry agak panjang. Kalau ada yang terlepas pandang, aku akan update semula... insyaAllah.
For the time being, hopefully info ni dapat membantu sedikit sebanyak apa yang patut dibuat, jangan tunggu hp/tab hilang, korang boleh start dgn actions yang lepas purchased hp/tab tu dulu...

Till then, have a pleasure reading info :)

3 comments:

  1. Replies
    1. hahaha, orang kata dah terhantuk baru nak tergadah kan ^^,

      Delete
  2. wahh, penerangan yg ikhlas nih., hikhik2

    ReplyDelete